33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  sediakan Skim   Bantuan Perikanan, Pertanian   dan Penternakan  sebanyak RM20,000

BANTUAN….. Md Fadzli (dua kiri)  menyerahkan secara simbolik Bantuan Perikanan bernilai RM5,000 untuk membeli dan membuat bubu.

LABUAN Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) Labuan menyediakan  Skim Bantuan Perikanan, Pertanian dan Penternakan bagi membantu masyarakat Labuan yang ingin menjalankan  aktiviti tersebut.

Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadzli Md Saad berkata,  di bawah skim itu MAIWP  menyediakan bantuan   sebanyak RM20,000 kepada mereka yang ingin  berdikari untuk meningkatkan taraf ekonomi sekaligus untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“MAIWP  menyediakan bantuan di bawah Skim Pertanian, Perikanan dan Penternakan dengan kadar bantuan  maksimum RM20,000 sebagai usaha membantu  meningkatkan ekonomi golongan tersebut”,  katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Bantuan   Perikanan kepada  salah seorang nelayan sepenuh masa, Musa Basman di Kampung Rancha-Rancha Laut, pada Selasa.

Musa, 40, menerima bantuan  sebanyak  RM5,000  bagi membeli peralatan   membuat bubu.

Md Fadzli berharap dengan bantuan itu, Musa yang menanggung  tiga orang anak berumur 1, 12 dan 16 tahun akan dapat meningkatkan hasil tangkapan dan juga  meningkatkan pendapatan sara hidup beliau sekeluarga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN