32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  peruntukan RM52 juta untuk pembangunan dan skim bantuan asnaf di Labuan

SIMBOLIK… Mohd Nizam (tiga kiri) menyerahkan secara simbolik naik taraf masjid An Nur kepada JAWI yang diwakili  Ustaz Shafie sambil diperhatikan Ustaz Mohd Fadzli (kiri sekali) dan Ir Abdul Karim (dua kiri).

LABUAN: Majlis Agama Islam  Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memperuntukan sejumlah RM52 juta kepada MAIWP Labuan, tahun depan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya berkata,  peruntukan tersebut  bertujuan untuk menampung perbelanjaan pembangunan selain untuk  skim bantuan golongan asnaf.

Katanya, ia termasuklah untuk  skim bulanan, skim sewa rumah, pendidikan serta bantuan zakat khas menerusi MAIWP INSANI untuk asnaf di Labuan” katanya.

Dalam pada itu beliau juga menjelaskan MAIWP  Labuan telahpun menyediakan sebanyak 140 unit rumah di Taman Perumahan Permai Ganggarak untuk golongan asnaf.

“Rumah tersebut kita beli dari Perbadanan Labuan khusus untuk  golongan asnaf supaya mereka dapat tinggal  dalam keadaan aman, tenteram dan kondusif” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik penyerahan kerja-kerja menaik taraf dan ubah suai Masjid Jamek An Nur berilai RM2.61 juta, pada Ahad.

Kerja-kerja menaik taraf yang  telahpun siap sepenuhnya melibatkan pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik kuliah dan  auditorium telahpun diserahkan oleh Kontraktor kepada MAIWP dan seterusnya MAIWP menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.

Hadir sama, Pengurus Bahagian Pembangunan Hartanah MAIWP, Ir Abdul Karim Mohamed, Pengurus  MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Fadzli Mohd Saad, Penolong Pengarah  Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam (JAWI Labuan, Ustaz Shafie Ghani,  dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Nur, Johhan Shimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN