31 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP peruntukan RM 3.3 juta Bantuan Perubatan Am untuk asnaf di Labuan

SERAH….Md Fadzli (tiga dari kiri) menyerahkan cek Cura bernilai RM3.3 juta bernilai kepada Dr Adnan.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan memperuntukan RM 3.3 juta tahun lalu di bawah Skim Bantuan Perubatan Am yang di salurkan kepada asnaf di pulau ini.

Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md.Fadzli Md. Saad berkata, melibatkan bantuan Perubatan Am Bulanan, Peralatan Kesihatan dan Bantuan Dialisis.

Jelas beliau satu Pusat Dialisis MAIWP akan dibuka dan dijangka mula beroperasi awal bulan Mei ini di Labuan.

“Pusat itu diwujudkan bagi keperluan para pesakit membuat rawatan dialisis yang boleh menampung sehingga 70 orang dalam satu-satu masa.

“Dengan beroperasi Pusat Dialisis ini nanti ia dijangka dapat membantu dari sudut kepadatan pesakit yang membuat rawatan di Hospital Labuan”, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Penyampaian bantuan kepada pesakit yang menerima rawatan di hospital Labuan baru baru ini.

Md Fadzli berkata pihaknya dimaklumkan hospital Labuan menerima kehadiran pesakit yang terlalu ramai untuk mendapatkan rawatan dialisis yang mana operasinya terpaksa dilanjutkan sehingga ke waktu malam.

Pada majlis itu Hospital Labuan menerima bantuan bernilai RM50,000 bagi membiayai kos perubatan segera kepada penduduk Labuan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

Pada kesempatan itu MAIWP Labuan turut menyantuni 180 pesakit yang menerima rawatan di hospital berkenaan sambil menyampaikan bantuan tunai RM150 seorang melibatkan jumlah keseluruhan RM27,000.

Selain itu, MAIWP turut mengagihkan makanan berbungkus kepada 500 petugas kesihatan dengan nilai keseluruhan RM9,000.

Hadir sama Pengarah Hospital Labuan, Dr Adnan Musa Balidran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN