29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan salur bantuan RM10,000 bantu 106 pelajar UMSKAL

Gambar atas – FOOD BANK….keperluan  makanan asas dan barangan keperluan diri  untuk pelajar UMSKAL yang terkesan akibat PKPD.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) Labuan  menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.00 untuk membantu 106 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan  (UMSKAL) yang terkesan akibat pelaksanaan  PKPD  sejak hujung bulan Mei lalu.

MAIWP Labuan dalam satu kenyataan di sini berkata,  bantuan   berupa kewangan itu adalah bertujuan untuk pembelian barang keperluan makanan dan keperluan diri yang akan  diuruskan oleh pihak pengurusan UMSKAL.

Menurut kenyataan itu  pihak pengurusan UMSKAL telah menempatkan barang keperluan makanan dan keperluan diri itu di Bangunan  Perkhidmatan Pelajar yang telah  dijadikan sebagai Food Bank

KEPERLUAN… beberapa pelajar UMSKAL yang memerlukan makanan   memilih barangan makanan dan keperluan diri  yang terdapat di Food Bank Bangunan Perkhidmatan Pelajar  UMSKAL

Antara barang keperluan yang disediakan di Food Bank itu ialah  seperti   makanan dalam tin, telur, biskut, susu manis, beras, sabun mandi, ubat gigi, sampo dan sebagainya.

Dalam pada itu MAIWP berharap dengan adanya  bantuan itu akan dapat sedikit sebanyak membantu memenuhi keperluan para pelajar di UMSKAL yang terkesan dengan pendamik COVID 19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN