28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan peruntukan RM10,000 bantu pelajar ILP

SIMBOLIK…..Md Fadzli (kanan)  menyerahkan raplika cek RM10,000 tanda simbolik penyerahan bantuan untuk pejajar ILP kepada Sugiman yag mewakili JBPD dan JKM.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan   yang prihatin  dengan kesulitan pelajar  dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian  (ILP) Wilayah Persekutuan Labuan yang dikuarantin akibat penularan wabak COVID 19 tampil menghulurkan  bantuan makanan dan bantuan keperluan diri bernilai RM10,000.

Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadzli Md. Saad berkata bantuan yang disalurkan  di bawah Skim Bantuan Kepada Agensi Kebajikan NGO itu bertujuan untuk membantu mengurangkan beban 345 pelajar dan beberapa kakitangan institusi itu yang kini menjalani perintah kuarantin berikutan penularan wabak COVID 19 yang berlaku di  kawasan itu baru baru ini.

“MAIWP telah menghulurklan bantuan berbentuk  keperluan diri dan juga makanan   asas yang keseluruhannya bernilai RM10,000 bagi membantu warga ILP yang dikuarantin selama 14 hari .

“Bantuan ini kita salurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) yang akan diselaraskan sebelum  diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban  warga dan juga  pelajar ILP” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  pada majlis simbolik penyerahan bantuan tersebut kepada  wakil  penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Sugiman Sinang yang diadakan di salah sebuah  mini pasaraya di sini, pada Rabu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN