27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan lakukan proses sanitasi nyah kuman COVID 19

SANITASI…. Anggota Jabatan Bomba siap sedia untuk melakukan sanitasi di bangunan MAIWP Labuan.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan proses sanitasi di semua kawasan terutama sekali di kaunter utama yang menjadi tumpuan orang awam bagi mengekang penularan wabak COVID 19, pada Jumaat.

Proses sanitasi berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan lapan anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Adzuan Abidin.

Selain mengekang penularan wabak COVID 19 ia juga bertujuan untuk menyakinkan serta meningkatkan keselamatan orang awam yang berurusan dengan MAIWP.

NYAH CEMAR….. pekerja dari Unit Kesihatan Perbadanan Labuan ketika melakukan nyah cemar di gerai makan Pasar Sentral baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama Unit Kesihatan Perbadanan Labuan juga turut melakukan kerja-kerja sanitasi di beberapa premis awam antaranya di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, Siswizah Corner Laman Victoria dan tandas awam di sekitar bandar.

Turut disanitasi ialah Pasar Sentral, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan kawasan gazebo di sekitar pusat bandar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN