30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan agih RM31,300 kepada 5 buah keluarga asnaf

SERAH…. Ahmad Marzuk menyerahkan bantuan MAIWP kepada  Sabli Karim di Kampung Patau-Patau Dua sambil diperhatikan Mohd Ajib (empat  dari kanan) dan Ahmad Saifuddin (tiga dari kanan)

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengagihkan bantuan  bernilai   RM31,300 kepada lima  buah keluarga golongan  asnaf  di sekitar pulau ini melalui Program MAIWP Prihatin  yang diadakan pada Sabtu.

Majlis penyerahan bantuan berupa keperluan dapur dan wang tunai  itu telah disampaikan   oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary ketika   berkunjung ziarah ke kediaman  keluarga asnaf tersebut.

Kelima-lima mereka  yang menerima bantuan tersebut merupakan  penerima bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Aidilfitri, Bantuan Kecemasan dan Bantuan Am Persekolahan.

BANTUAN…. Ahmad Marzuk ketika  menyampaikan bantuan kepada  golongan asnaf  Mat Juli Lani di Kampung Gersik Baru

Ahmad Marzuk ketika ditemui pada majlis itu berkata, bantuan tersebut yang diadakan pada bulan Syawal ini diharap akan dapat memberikan kegembiraan dan  memeriahkan lagi sambutan Hari Raya bersama keluarga asnaf.

“Pada masa yang sama program yang dianjurkan oleh MAIWP ini menjadi platform penting dalam  meninjau lebih dekat keadaan golongan asnaf di pulau ini” katanya.

Lima keluarga asnaf yang terpilih untuk menerima bantuan tersebut masing-masing dari kampung Sungai Bedaun,  Durian Tunjung, Gersik Baru dan Kampung Patau-Patau Dua.

Turut sama mengiringi Ahmad Marzuk ialah Pengarah  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail dan Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md. Tahir. http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN