SIMBOLIK- Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md Fadzli Md Saad menyerahkan set Kit Bantuan Makanan kepada Pengarah JKM Labuan Ansharey Matarsad.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengagihkan sebanyak 300 kit bantuan makanan setiap bulan bermula Jun hingga Disember tahun ini bagi membanbtu golongan yang terjejas di pulau ini.
MAIWP dalam satu kenyataan media berkata jumlah keseluruhan kit bantuan makanan yang diperuntuk ialah 2,100 set dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM99,498.00.
Bantuan itu diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)Labuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan untuk diagih kepada golongan terjejas berdasarkan bilangan permohonan yang diterima oleh JKM.
Agihan melalui konsep turun padang itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Labuan serta merupakan antara inisiatif.
Antara barangan yang diagihkan dalam setiap kit bantuan makanan itu ialah beras, tepung, gula, minyak masak, makanan dalam tin serta biskut.