SIMBOLIK…Zainal Abidin (dua kanan) bersama Ir Abdul Karim (kanan sekali) memotong rebin sibolik perasmian pembukaan MAIWP Mart di Taman Ganggarak Permai, pada Selasa
LABUAN: MAIWP Mart merupakan kedai yang ketiga di buka oleh MAIWP Dagang Sdn. Bhd. di Labuan selepas dua buah di Putrajaya.
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Haji Zainal Abidin Shaik Zakaria berkata tujuan MAIWP Mart diwujudkan di Labuan adalah sebagai usaha untuk mengembangkan lagi anak syarikat perdagangan MAIWP.
“Terdahulu MAIWP Dagang Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah anak syarikat MAIWP yang bertanggung jawab menjalankan hal ehwal peruncitan dan pembekalan” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan MAIWP Dagang dan MAIWP Mart cawangan Labuan di Taman Ganggarak Permai dekat sini, pada Selasa.
Beliau berkata, MAIWP Mart Labuan merupakan kedai yang ketiga diwujudkan selepas dua buah MAIWP Mart cawangan Putrajaya.
“Inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf khususnya di Labuan untuk membeli keperluan dengan harga mampu milik” katanya.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah MAIWP Dagang Sdn. Bhd, Datuk Dr Hafsah Hashim, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah MAIWP, Ir Abdul Karim Mohamed dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadli Md Saad.