BANTUAN….Md, Fadli (dua dari kanan) menyerahkan bantuan Musibah bernilai RM2,000 kepada Ramlee.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP)  menghulurkan Bantuan Musibah sebanyak RM2,000 kepada mangsa kebakaran rumah yang berlaku baru baru ini di Kampung Kilan.
Majlis penyerahan Bantuan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad kepada ketua keluarga mangsa, Ramlee Mahari di perkarangan rumahnya di Kampung Kilan pada Sabtu.
SERAH… Md. Fadzli dua dari kiri) menyampaikan bantuan keseluruhan bernilai RM4.500   kepada salah seorang nelayan yang mengalami kerosakan bot dalam kejadian angin kencang baru baru ini.
Dalam kejadian pada 16 Januari lalu, Ramlee, 46, yang tinggal seorang diri ketika kejadian terselamat selepas melompat keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan diri, bagaimanapun 80 peratus bahagian rumahnya musnah terbakar.
Pada majlis yang berasingan Md Fadzli turut menyampaikan Bantuan Musibah kepada 9 nelayan Kampung Tanjung Aru yang kerosakan bot akibat dibadai angin kencang yang berlaku baru-baru ini.
Kesemua mereka menerima wang tunai RM500 seorang melalui Skim Bantuan Musibah yang keseluruhannya berjumlah RM4,500, selain itu mereka juga menerima kit makanan MAIWP.
Md Fadzli berkata bantuan tersebut disalurkan bagi membantu meringanklan beban yang ditanggung oleh mangsa.