Jamik ketika sedang memetik buah langsat.
RANAU: Undangan memanjat pokok untuk memetik buah langsat menjadi punca rezeki, Jamik Bin Taladus@Ahmad Abdullah 42, anak kelahiran daerahTandek Kota Marudu, berkeupayaan memanjat dan boleh memetik sehingga 300 kilogram buah langsat sehari.
Jamik yang mendapat jolokan nama ‘Temuning’ Kota Marudu terkenal seorang berkemahiran memanjat pokok untuk memetik buah-buahan seperti buah langsat sering mendapat undangan bukan sahaja di daerahnya malah ke daerah lain seperti daerah Ranau sebagai sumber mendapatkan rezeki yang halal.
“Saya sering mendapat undangan memanjat untuk memetik buah langsat walaupun ketinggian pokok sehingga ratusan kaki “, jelas Jamik ketika ditemui semasa menerima undangan penduduk Kg.Tungou terletak kira-kira 21.1 kilometer dari pekan Ranau yang ditemani rakannya Nazri Abdullah dari Kg.Tungou baru-barui ini.

BERKEMAHIRAN…Jamik memperlihatkan buah langsat yang dipetiknya milik salah seorang penduduk Kg.Tungou Ranau.
Menceritakan pengalaman Jamik suatu ketika dahulu memberitahu, pernah menjadi pekerja atau kakitangan salah sebuah kapal laut Malaysia, menyababkan tidak berasa gayat atau takut dengan tiupan angin walaupun berada diketinggian ratusan kaki.
“Saya sudah biasa dengan tiupan gelombang di tengah laut, itu sebab tidak berasa gayat dengan tiupan angin bila berada di atas pokok langsat atau memetik buah kelapa”, tegas Jamik yang fasih berbahasa Melayu dan bahasa ibunda@Dusun Kota Marudu dan kini masih berstatus bujang.
Beliau mempelawa kepada mereka yang memerlukan bantuan memetik buah-buahan sepeti langsat supaya menghubunginya atau rakannya Nazri menerusi telifon bimbit @Handphon di nombor 013-6182895.



