ALBUM KENANGAN…Ahli Lembaga MTIJ,guru -guru, kakitangan dan mualaf yang disantuni bergambar kenangan di majlis itu.
PAPAR: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Mahaad Tahfiz Al Quran Ibnu Al Jazari di sini mengadakan Program Sumbangan Amal Menyantuni Mualaf di Surau Al Fiadaus, Kampung Ghana Papar.
Program yang bertujuan mengeratkan silatulrahim sempena Hari Raya Aidilfitri ini turut dihadiri oleh Haji Hasri Bin Jair selaku pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Ibnu Al Jazari.
Turut bersama dalam ziarah itu Ahli-Ahli Lembaga Pengarah,guru- guru kakitangan Mahaad Tahfiz.
Turut menyantuni ialah Pengerusi Borneo Asnaf Care, Encik Ahmad Fuad Mohd Nadzir .

DARI KANAN… Hj Hasri Hj Jair, Pengerusi Maahad Tahfiz Al quran Ibnu Al Jazari bersama Azmi bin Junadi selaku Setiausaha dan
Mohd Jamil bin Jumahat Pengetua Maahad Tahfiz.
Antara aturcara Program iaitu kelas membaca al-Quran dan ceramah agama turut diadakan.
Hj Hasri berkata selain memantapkan lagi ukhwah sesama seagama program seumpama itu membolehkan lagi semua golongan mualaf dapat memperdalam dan membaiki lagi bacaan al-quran.
“Melalui acara ceramah, mereka boleh menambah lagi pengetahuan tentang ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkat program seperti ini akan terus diadakan dari masa ke semasa.
Pada majlis itu pihak Mahaad Tahfiz dan rombongan juga menyampaikan bahan-bahan mentah dan duit raya kepada kanak-kanak yang turut hadir di majlis itu.