26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Madius minta kerajaan perjelaskan pembangunan yang belum dilaksanakan di Tuaran

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan diminta memperjelaskan beberapa pembangunan di Tuaran, termasuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Nabalu yang telah diluluskan tetapi belum dilaksanakan.

Ahli parlimennya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, beliau ingin mengetahui tindakan yang telah diambil sebelum, semasa dan yang akan dilaksanakan.

“Yang pertamanya adalah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nabalu yang sememangnya sudah setengah jalan dibina dahulu.

“Tetapi oleh kerana masalah tapak dan sebagainya berikutan ketiadaan Perancangan Pembangunan (DP), maka ia telah dipindahkan ke satu tapak. Jadi saya mohon penjelasan dari menteri bilakah pembinaan boleh dijalankan semula,” katanya.

Madius juga bertanya tentang status jalan raya luar bandar yang disifatkannya sangat penting untuk dinaiktaraf.

“Saya bagi contoh Jalan Togop-Hamad, dan jalan Poturidong misalnya yang sudah mendapat kelulusan RM100 juta sebelum ini. Apakah sudah kesudahannya?

“Begitu juga saya ingin tahu langkah-langkah yang telah diambil berhubung pemasangan pemancar luar bandar di kawasan Parlimen Tuaran untuk memastikan seluruh kawasan akan mendapat akses yang stabil terutamanya sekali dimana terdapatnya sekolah-sekolah pendidikan,” tambahnya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Mengakhiri perbahasannya terhadap titah diraja, Madius membangkitkan satu persoalan yang sudah sekian lama masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya orang ramai.

“Begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan perpaduan seperti yang dititikberatkan oleh tuanku dalam titah Diraja. Saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan ini, apa sudah jadi dengan Pastor Raymond Koh?

“Dimanakah sudah beliau, adakah sudah ditemui atau belum, saya mohon penjelasan daripada menteri berkenaan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN