KENANGAN… Tun Juhar (empat dari kanan) bergambar kenangan dengan rombongan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Agama Nuruddin Sandakan.
Kota Kinabalu : Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Agama Nurudin Sandakan (LPSS) berhasrat untuk membina bangunan sekolah di hab pendidikan.
Menurut Pengerusi LPSS,
Zulkurnain Ahmad, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan tapak tersebut termasuk memohon sokongan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.Beliau yang ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu hari ini, memaklumkan, tapak baharu itu kelak akan menempatkan bangunan sekolah dengan enam buah kelas serta bahagian pentadbiran sekolah berkenaan.”
Hasrat kami adalah ingin memohon sokongan daripada Tun agar kami dapat diberikan sebidang tanah untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di hab pendidikan yang disediakan kerajaan.
“Jika sekiranya diluluskan permohonan kami ini, kami akan membina sebuah bangunan sekolah untuk enam kelas dan bahagian pentadbiran sekolah,” katanya.
Tambah beliau, sekolah swasta dengan aliran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu 60 peratus Bahasa Arab dan 40 peratus akademik itu telah berjaya melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam Sijil Sekolah Menengah Ugama (SMU).
Bagaimanapun, sejak beroperasi kira-kira lima tahun lalu hingga kini, sekolah terbabit masih menyewa di sebuah bangunan di Sandakan./ PENERANGAN