LPS, PIBG SJKC Chi Wen prihatin keluarga murid kurang mampu

Home Tempatan LPS, PIBG SJKC Chi Wen prihatin keluarga murid kurang mampu
LPS, PIBG SJKC Chi Wen prihatin keluarga murid kurang mampu

GAMBAR: BANTUAN…. Ahli LPS dan PIBG SJKC bersama bantuan yang disumbangkan

LABUAN: Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SJKC Chi Wen Wilayah Persekutuan  Labuan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  mengagihkan 29 bakul makanan kepada keluarga murid kurang berkemampuan sebelum cuti sekolah.

Guru Besar SJKC Chi Wen Pan Yii Ying berkata sumbangan itu dikumpulkan melalui Program Bantuan Kasih Sayang bersama Unit Bimbingan dan Kuanseling sekolah berkenaan.

“Kita berharap melalui sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa untuk terus menemani anak-anak belajar di rumah secara atas talian,” katanya.

Menurut Pan, kalangan penerima telah dikenal pasti sebelum pelaksanaan program tersebut yang disasar membantu anak-anak terus aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Atas terlaksananya program tersebut, Pan amat menghargai sumbangan LPS dan PIBG di atas keprihatinan mereka menyokong kalangan keluarga tidak berkemampuan.