GAMBAR: SUMBANGAN…. Rithuan (dua dari kiri) menerima sumbangan daripada Sophian (kanan sekali), Kelihatan sama Anasharey (dua dari kanan).
OLEH : JAINUDIN DJIMIN
LABUAN : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Wilayah Persekutuan Labuan dan peniaga di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (Pasar Peladang) di sini menghulurkan sumbangan makanan basah bagi menampung keperluan makanan pesakit COVID 19 yang di kuarantin di Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC) Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan Bahagian Tenologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sungai Lada.
Majlis ringkas penyerahan sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Wilayah Persekutuan Labuan, Sophian Niza Ismail kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail di perkarangan bangunan LPP, Kampung Pantai pada Isnin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan yang juga penyelaras bantuan makanan JPBD, Ansharey Matarsad.
Sophian ketika ditemui media berkata, pihaknya berkongsi rezeki untuk membantu pesakit COVID 19 yang kini sedang menerima rawatan di PKRC dengan membekalkan sayur sayuran, buah-buahan, makanan kering dan daging segar melalui JPBD.
“Kalau ditengok dari sumbangan ini tidaklah seberapa, tapi ini adalah niat murni ahli-ahli dan rakan-rakan peniaga di pasar peladang untuk membantu rakan rakan kita yang sedang menerima rawatan di PKRC” katanya.
Menurut Sophian, LPP dan rakan rakan peniaga di pasar peladang bersedia untuk menyanlurkan sayur-sayuran segar jika diperlukan oleh pihak JBPD.
Sementara itu, Rithuan mengucapkan terima kasih kepada LPP dan peniaga Pasar Peladang kerana mengulurkan pelbagai makanan basah termasuk sayur-sayuran dan sebagainya untuk keperluan PKRC .
“Sumbangan tersebut adalah untuk menampung keperluan makanan kepada pesakit pesakit di dua pusat kuarantin rawatan COVID 19’
Katanya, PKRC telah pun beroperasi sejak 18 Mei lalu memerlukan bantuan dan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu pesakit COVID yang sedang menerima rawatan di pusat itu.
“Alhamdulilah kita melihat warga Labuan memang sangat sangat prihatin apabila JPBD Labuan tanpa henti henti menerima pelbagai sumbangan bahan mentah yang bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan tetapi juga dari pihak swasta, persatuan dan juga ahli-ahli korporat” katanya.



