TERBALIK…. keadaan lori selepas terlibat kemalangan dekat Kg.Kibbas
RANAU: Pemandu dan kelindan lori cedera ringan selepas kenderaan itu terbabas sendiri ke bahu jalan di kilometer 6, Jalan Ranau – Tamparuli, dekat Kampung Kibbas, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan itu berlaku ketika lori 10 tan berkenaan yang membawa muatan pelbagai jenis perkakasan (hardware) dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Sandakan kira-kira 11.06 malam.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas ke bahu jalan di sebelah kanan jalan berkenaan sebelum terbalik.
“Keadaan jalan ketika kemalangan adalah basah, sedikit selekoh dan menuruni bukit,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu lelaki berbangsa Bugis, berusia 33 tahun dan kelindan hanya mengalami cedera ringan. Kes disiasat mengikut dibawah rule 10 LN 166/59.
Semantara itu, DSP Sammy menasihatkan pengguna jalanraya agar lebih berhati hati ketika memandu atau menunggang terutamanya ketika menuruni bukit, selekoh dan memasuki simpang.
Katanya, jika terasa letih dan mengantuk, pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhenti di kawasan yang terang dan ambil masa untuk berehat
“Pastikan kenderaan yang digunakan mencapai tahap penyelenggaraan yang baik dan sesuai digunakan,” katanya. –http://Borneo Daily Bulletin