RANAU: Sebuah lori 10tan yang membawa muatan tar bitumen telah terbabas sendiri dan mengakibatkan muatan tumpah di atas permukaan jalanraya dekat sini pada hari Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin memberitahu, kejadian berlaku di Kilometer 10 Jalan Ranau – Tamparuli berhampiran Kg Pinausok Ranau pada kira-kira jam 2 petang.
Menurut beliau, Pihak Polis menerima makluman tentang kejadian itu lalu sekumpulan anggota membuat siasatan di lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Balai Polis Ranau itu.
“Setiba di lokasi, kita mendapati berlaku satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kenderaan lori 10 tan jenis Nissan membawa muatan tar bitumen yang dipandu oleh lelaki tempatan berumur 39 tahun.
“Siasatan awal mendapati lori bergerak dari arah Tamparuli ke Ranau, dan apabila sampai tempat kejadian semasa melalui jalan menurun 3 lorong, lori tersebut mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu terbabas serta terbalik. Lori mengalami kerosakan teruk dan muatan tumpah atas jalanraya.
“Lori berkenaan menghalang 1 lorong menurun 1 lorong mendaki menyebabkan hanya tinggal 1 lorong mendaki boleh dilalui dan menyebabkan sedikit kesesakan. Dalam kejadian ini pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” kata beliau.
Simiun berkata, siasatan mendapati kemalangan jalanraya tersebut berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu berkenaan yang gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas sendiri dan terbalik.
Tambah beliau, pemandu tidak disyaki mabuk, manakala keadaan jalan lurus, dua hala dengan 1 lorong menurun dan 2 lorong mendaki, bertar bitumen, garisan panjang ditengah jalan.
“Kejadian berlaku pada waktu siang di mana pemandangan jelas dan permukaan jalan kering.
“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN166/59,” jelas beliau.
Sementara itu, Simiun turut menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan.
“Pemandu-pemandu lori dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan saya cadangkan agar bertimbang rasa memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan kecil bila sudah terlalu panjang barisan di belakang,” jelas beliau.
Sementara itu, Simiun menggesa para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan.
“Pemandu-pemandu lori dinasihatkan lebih berhati-hati dan saya cadangkan agar bertimbang rasa memberi laluan kepada kenderaan- kenderaan kecil bila sudah terlalu panjang barisan di belakang,” jelas beliau.