Ghani bersama CEO LKTNS Tuan AB Rojhan Jalil (lima dari kanan) dan Pengurus Wilayah Tuan Jasni Mohd Yusof (empat dari kanan) diiringi oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin-pemimpin majlis gereja-gereja daerah Nabawan memotong kek sambutan Krismas LKTNS Ladang Skim Nabawan.
NABAWAN: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) akan terus memperhebatkan pelbagai usaha pembangunan sosioekonomi tambahan kepada para persertanya pada tahun depan.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini adalah bertujuan bagi menambah pendapatan kewangan para perserta selain LKTNS juga akan mengusahakan tanah terbiar yang berpontensi untuk dibangunkan untuk sektor tanaman komiditi yang bersesuaian.
“Kita sedang mengkaji dan menerokai kawasan-kawasan tanah yang berpontensi untuk dibangunkan tapi walaubagaimanapun program ini atau untuk pembangunan tanah ini berlaku sekiranya isu-isu tanah dapat diselesaikan” selepas merasmikan majlis sambutan krismas 2022 Ladang LKTNS Skim Nabawan yang berlansung di dewan serbaguna di sini pada Selasa.
Dalam perkembamgan lain Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan agar dapat mengekalkan status geran komunal buat sementara waktu ini bagi penyusunan semulauntuk dibangunkan dibawah program LKTNS.
Sambutan Krismas itu diserikan dengan persembahan koir dan tarian oleh gereja-gereja di daerah ini selain cabutan nama bertuah yang menawarkan hadiah hamper, barangan elektrik, dua buah mesin basuh dan empat buah handphone.
Pada majlis itu Ghani turut menyampaikan sumbangan kerusi dan canopy daripada LKTNS untuk Kampung Bahagia B, Bahagia C dan Silungai.