27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LKIM Labuan serah dua buah rumah baharu untuk  nelayan

SERAH…. Dr Fary menyerahkan kunci rumah baharu  kepada Madzi sambil diperharikan Mohd Faizal (kiri sekali) dan Abd. Aziz.


LABUAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah Persekutuan  Labuan menyerahkan dua buah rumah baharu kepada dua ahli nelayan di sini, pada Selasa.

Dua buah rumah baharu yang telah siap sepenuhya di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) itu disempurnakan majlis penyerahannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman masing-masing kepada Zulkifli Ahmad dari Kampung Patau-Patau dan Madzi Salleh dari kampung Ganggarak.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan rumah itu, Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah Persekutuan Labuan,  Mohd Faisal Ab Ghadim  dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Labuan, Abd. Zaid Abdullah.

Terdahulu, Dr Fary ketika ditemui media berkata, sejak 2018 sehingga 2021, LKIM telah meluluskan sebanyak 15 permohonan bina baru rumah nelayan untuk Labuan bernilai RM1.02 juta, manakan sebanyak 39 permohonan untuk baik pulih rumah  turut diluluskan membabitkan peruntukan RM585,000.00.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada LKIM Labuan kerana komited untuk membantu dan memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan tempatan dengan menyediakan kemudahan pasarana asas supaya  golongan nelayan menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa”, katanya.

Pada majlis itu, Dr Fary turut menyampaikan Skim Bantuan Bencana dan Kebajikan Nelayan  dalam bentuk kewangan kepada dua penerima skim itu masing-masing  kepada Johari Ismail  sebanyak RM2,000 bagi mengganti kerosakan harta benda.

Seorang lagi ialah Suhardime Sulaiamn iaitu  waris kepada ahli Nelayan  Sulaiman Mat Said  menerima RM1,500 di bawah Skim Khairat Kematian.

BANTUAN… Dr Fary menyerahkan Skim Bantuan  (Khairat Kematian) kepada Suhardime

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN