30 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Liwan’s Cultural Home mengimbau warisan silam penduduk asal Ranau

Oleh: Cleo Will


DEMI usaha untuk memastikan warisan nenek moyang dari masa silam tidak hilang ditelan zaman, seorang wanita Dusun Liwan telah mewujudkan satu tempat di mana semua orang dapat melihat dan menyentuh peninggalan warisan itu pada hari ini dan di masa akan datang.


Wanita Dusun Liwan, Silistinah Kondilong, 46 memutuskan untuk mewujudkan tempat Liwan’s Cultural Home atau Rumah Kebudayaan Liwan di mana terdapat empat buah rumah etnik Dusun Liwan yang dibina dengan cirri-ciri budaya itu sendiri.

Liwan’s Cultural Home


Rasa kenangan zaman kanak-kanaknya memberinya motivasi untuk membina Rumah Kebudayaan Liwan yang terletak di Kg Kokob Ranau, yang kini merupakan tempat di mana pemandangan dari masa lalu hidup dengan menggambarkan semula apa yang pernah berlaku pada masa-masa yang lalu.

“Rumah Kebudayaan Liwan dibina untuk mempamerkan rumah kebudayaan masyarakat kampung Ranau pada zaman dahulu, terutama budaya etnis Dusun Liwan.

Antara peralatan utiliti harian oleh Dusun Liwan

“Kami mahu orang ramai dapat menghidupkan kembali seketika pada zaman dahulu apabila mereka melangkah masuk ke rumah-rumah yang berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi dan terletak di kawasan Tasik Kuno yang dirangkum dalam kawasan Geopark Sabah,” katanya.

Terdapat empat rumah dalam tradisi Dusun Liwan yang dibina menggunakan buluh dan daun Rumbia, di dalam setiap rumah yang mempamerkan rumah tradisional Dusun Liwan yang dilengkapi dengan peralatan utiliti harian oleh Dusun Liwan termasuk dapur lama.

Dapur dan kayu api

Di samping itu, terdapat juga sebuah muzium mini yang mempamerkan pakaian tradisional, alat muzik seperti gong dan Tajau yang berusia lebih dari 100 tahun yang telah disimpan dan digunakan oleh penduduk kampung dahulu kala.

Menurut Silistinah, Rumah Budaya Liwan, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Ranau telah dibuka kepada orang ramai untuk melawat pada 18 Januari 2020, dan kepada yang berminat untuk menetap di sini boleh menghubungi Silistinah di nombor 016-813 0918.

PENGURUS..Silistinah Kondilong

Dalam pada itu, Pengurus Produk Kanan Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffery Jimit berkata beliau berpendapat dengan adanya minat seperti ini adalah menjadi satu komitmen dari Lembaga Pelancongan untuk memberi para pengusaha seperti Silistinah lebih kesedaran tentang pelancongan luar Bandar.

“Begitu juga dengan potensi-potensi serta bagaiman untuk mengenalpasti jenis produk-produk pelancongan yang berpotensi di kawasan ini serta teknik untuk mempromosikannya di sosial media,” katanya.

Di samping itu, katanya, lembaga juga mahu menerangkan tentang bagaimana produk-produk ini dapat digabungkan atau di ‘bundle’ kan untuk memberi lebih nilai dan impak kepada pelawat yang datang ke sini.

Antara yang menarik di sini

“Kita telah bermula inisiatif ini sejak 2014 dan kawasan seperti Kiulu dan Kadamaian sudah mendahului daerah-daerah lain. Tapi kalau kita katakana secara besar, Ranau memang dari dulu mempunyai produk-produk pelancongan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, cuma masih ada kawasan-kawasan di sini yang masih perlu dipupuk terutamanya komuniti yang belum melihat potensi itu.

“Tapi kalau kita lihat dari kawasan seperti Kundasang, Mesilau dan sebagainya, mungkin tahap kefahaman mereka tentang pelancongan sudah jauh lebih tinggi dari mereka yang berada di kawasan Ranau yang lain,” katanya.

Julinus berkata, kawasan di mana Liwan’s Cultural Home dibina itu sangat cantik sebab ia mempunyai beberapa potensi pelancongan yang cuma perlu di enhance lagi.

“Contohnya, Liwan’s Cultural Home mempunyai sawah padi yang merupakan Agro-tourism, konsepnya berdasarkan Culture-tourism, di sini ada Mrine-tourism, iaitu sungai yang ditagal tidak jauh dari sini, di sini juga terdapat Adventure-tourism iaitu Dompurung Hill dan mungkin boleh buat Kampung-tour menggunakan basikal, dan di Liwan’s Cultural Home juga boleh buat Food-tourism.

Berlatar belakangkan rumah Dusun Liwan

“Maksudnya di kawasan sini sahaja wujudnya potensi kepada enam jenis pelancongan ini sudah cukup banyak untuk para pengunjung alami pengalaman aktiviti value-for-money,” katanya.

Julinus menambah bahawa lokasi Liwan’s Cultural Home, sangat kondusif untuk pelancongan kerana untuk sampai ke sini, jalanrayanya berturap.

“Cuma mungkin ada beberapa faktor yang boleh diperbaiki iaitu seperti papan tanda di jalan besar supaya para pengunjung lebih senang untuk mencari tempat ini. Tapi saya percaya, bergerak kehadapan, dengan adanya teknologi seperti Google Apps, jika tempat ini dimasukkan di dalam Google Apps maka lebih senang bagi mereka yang memandu sendiri untuk datang ke sini,” jelas beliau.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN