28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lion Club of Mandarin Labuan sumbang 122 bakul makanan untuk kakitangan B40 Perbadanan Labuan

SIMBOLIK….Jessica menyerahkan bakul makanan kepada Rithuan sambil disaksikan oleh  Mary Lim (kanan sekali) dan  Chua Pui Shien (kiri sekali).

LABUAN:  Lion Club Of Mandarin Labuan menghulurkan  sumbangan 122 bakul makanan untuk diagihkan khusus  kepada kakitangan B40 Perbadanan Labuan.

 Majlis penyerahan barangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Zon 12 Daerah 308-A2  yang juga Setiausaha  Lion Club of Mandarin Labuan, Jassica Lee kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail di Bangunan Wisma Perbadanan Labuan, pada Rabu.

2.SERAH….. Rithuan mengagihkan bakul makanan kepada kakitangan golongan B40 Perbadanan Labuan sambil diperhatikan Jessica (dua  dari kiri)

Hadir sama dua ahli Lion Club of  Mandarin Labuan, Marry Lim dan  Chua Pui Shien.

Seterusnya pada majlis yang sama, Rithuan mengagihkan semula bakul makanan yang mengandungi  beras,  minyak masak, tepung dan keperluan harian lain kepada 122 penerima golongan  B40 Perbadanan Labuan.

Haji Rithuan menzahirkan penghargaan dan   berterima kasih kepada Lion Club of Mandrin Labuan  kerana sentiasa memberikan sokongan dan menghulurkan  bantuan bukan sahaja kepada Perbadanan Labuan  tetapi juga kepada masyarakat Labuan yang ditimpa bencana seperti kebakaran rumah, banjir  dan golongan yang terkesan akibat pendamik COVID 19 sepanjang dua tahun lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN