25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lindungi Pelanggan, Lindungi Perniagaan: Seminar ECoS Tekankan Keselamatan Pepasangan Gas

Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid.


KENINGAU: Energy Commission of Sabah (ECoS) telah menganjurkan Seminar Keperluan Perlesenan Gas dan Keselamatan Pepasangan Sistem Perpaipan Gas, di sini, pada Khamis.

Seminar itu yang memberi tumpuanĀ meningkatkan kesedaran pengusaha berkenaan aspek-aspek keselamatan pepasangan sistem gas berpaip serta pematuhan kepada perundangan dan piawaian ditetapkan, telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid.

Datuk Ir. Abdul Nasser dalam ucapanya berkata, pematuhan perundangan seperti mendapatkan kelulusan Approval To Install (ATI) dan Approval To Operate (ATO) adalah langkah penting bagi menjamin keselamatan bukan saja kepada pemilik dan pekerja tetapi orang awam yang menggunakan perkhidmatan dobi mereka.Ā 

Beliau turut menegaskan bahawa pengusaha yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

“Dalam seminar ini, penekanan juga diberikan kepada pelantikan Orang Bertanggungjawab (OB) yang kompeten bagi memastikan keselamatan jangka panjang premis perniagaan

Seminar seumpama ini akan terus dipergiatkan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pencegahan daripada sebarang insiden berpunca daripada kebocoran gas selainĀ  memperkukuh pematuhan undang-undang,” katanya kepada media.

Turut hadir dan memberikan taklimat dalam seminar ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), serta Majlis Daerah Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN