26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lima projek infrastruktur, kemudahan awam siap dibina di kawasan Bingkor

Robert (kiri)bersama rombongan semasa melawat projek naiktaraf jalan-jalan kampung yang sudah siap.

KENINGAU:Lima lagi projek infrastruktur dan kemudahan awam yang telah siap dibina di kawasan Bingkor.

 Ahli Dewan Undamgan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, projek-projek berkenaan adalah

projek naiktaraf jalan kampung kepada jalan konkrit di Lot Perkampungan Kampung Gasabon yang menghubungkan jalan Kampung Liau Darat dan lot perkampungan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Apin-Apin, projek naiktaraf jalan kampung kepada jalan konkrit di Kampung Kumawanan dan projek naiktaraf jalan kampung kepada jalan konkrit di Kawasan Kampung Binaong. 

Robert (kiri) semasa melawat  gelanggang sepak takraw di Kampung Awas-Awas.

Katanya, selain itu dua lagi kemudahan yang telah siap iaitu  gelanggang sepak takraw di Kampung Awas-Awas, Apin-Apin dan penyelenggaran semula pemasangan pagar pasang siap bagi dewan terbuka Kampung Bingkor Baru. 

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian kepada media selepas melawat projek-projek tersebut hari ini.

“Sebelum ini dua jalan konkrit yang telah siap dibina masing-masing di Kampung Toboh Laut dan Kampung Dangulat” jelas Robert.

Robert (dua dari kiri)melawat pagar dewan terbuka Kampung Bingkor Baru.

Beliau berkata, usaha kerajaan hari ini akan berterusan untuk memberi keselesaan dan kesjahteraan kepada rakyat.

Turut sama dalam lawatan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred dan kakitangan pejabat wakil rakyat Bingkor. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN