31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LIMA LELAKI DITAHAN, 20 LARAS SENAPANG DAN PULUHAN PELURU HIDUP DIRAMPAS

DSP Simiun (tengah) ketika menunjukan beberpa laras senjata api yang berjaya dirampas

RANAU: Polis daerah ini berjaya menahan lima lelaki tempatan dan merampas 20 laras senjata api jenis bakakuk, senapang angin, ginsok dan senapang guli.

Turut dirampas puluhan peluru hidup serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk membuat senjata api.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 57 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti membuat dan menjual senjata api buatan sendiri.

BDB Online

Sebahagian senjata api yang dirampas

Katanya, kelima-lima suspek ditahan dalam operasi dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bersama Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah.

“Suspek pertama berusia 30 tahun ditahan pada 10 September lalu di sebuah rumah di Kampung Kigiuk dan merampas dua laras senjata api, 11 butir peluru hidup, 30 senapang angin dan peralatan membuat senjata api.

“Ekoran penahanan suspek pertama, polis telah meneruskan operasi di beberapa lagi lokasi sekitar daerah ini hasil maklumat yang diterima dan berjaya menahan empat lagi suspek,” katanya dalam sidang media di IPD Ranau, hari ini.

Menurut DSP Simiun, dalam serbuan berkenaan, polis merampas tujuh laras bakakuk dan 11 laras senapang bersama peluru hidup dan senapang angin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

BDB Online

DSP SImiun (tengah) ketika becakap pada sidang media itu

“Hasil siasatan awal mendapati pemilik senjata api memberi alasan bahawa senjata api berkenaan adalah digunakan sendiri untuk memburu dan keselamatan tanaman.

“Polis memandang serius berkenaan pembuatan, pemilikan dan penggunaan senjatapi buatan sendiri tanpa lesen yang sah. Justeru, operasi seperti ini akan dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada pelanggaran undang‐undang berkenaan senjatapi berlaku di daerah ini,” tegasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN