29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Liga Super Ranau 2022, berjalan lancar

RANAU: Kejohanan Liga Super Ranau 2022, kini berjalan lancar mengikut jadual yang telah tetapkan.

Pengerusi pengajurnya, Azuan Bin Jamaluddin (gambar) berkata, kejohanan itu yang bermula sejak 21 Mei lepas di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) dijangka berakhir pada Disember tahun ini atau seawal tahun 2023.

Beliau memaklumkan, kejohanan  yang diadakan setiap hujung minggu atau hari kelepasan am itu, melibatkan16 pasukan mengambil bahagian  dan untuk memilih 8 pasukan terbaik dalam Carta Liga yang layak ke  Kejohanan Liga Super daerah Ranau berikutnya, yang bakal dianjurkan tahun depan.

“Kita mengharapkan menerusi kejohanan  liga super daerah Ranau ini, akan dapat mencungkil bakat dan  melahirkan pemain berpotensi untuk diserapkan sebagai pemain pasukan Ranau bagi mewakili daerah ke kejohanan lebih mencabar pada masa akan datang”, jelas Azwan ketika dihubungi.

Dalam masa yang sama katanya, diharapkan para pemain setiap pasukan dapat menonjol dan mengamalkan semangat kesukanan serta disiplin diri yang tinggi, sebab itulah yang paling utama dalam mengejar kejuaraan apa juga bentuk kejohanan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN