Gambar: Deputi Supritendan Polis Nor Rafidah Kasim, Ketua Polis Keningau
KENINGAU:Seorang lelaki warganegara asing maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan Toyota single cab yang berlaku di kilometer 15 Jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 11.20 malam pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Nor Rafidah Kasim berkata, lelaki warganegara asing berumur 48 tahun itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang warganegara asing berumur 30 tahun mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Keningau.
Katanya, siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut terbabas sendiri.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1)APJ 1987 dan siasatan masih diteruskan.
“Sehubungan dengan ini, pihak polis mohon kerjasama orang awam yang melihat kejadian untuk tampil ke balai Polis Keningau untuk membantu siasatan” kata DSP Rafidah.



