27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LELAKI WARGA EMAS DIKHUATIRI HILANG SELEPAS KELUAR MENOREH GETAH .

MANGSA….Mikol Lapon, 68, (gambar) dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 16 Mac

RANAU: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar menoreh getah di Kampung Miruru, kira-kira 68 Kilometer daripada pekan di sini pada16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, mangsa, Mikol Lapon, 68, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 16 Mac oleh pengadu juga anak mangsa yang tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini pada 21 Mac.

DSP SAMMY NEWTON

“Pengadu dan ahli keluarganya mulai curiga apabila empat ekor anjing peliharaan yang keluar bersama mangsa seawal 7 pagi sebelum kejadian telah balik ke rumah pada keesokan harinya, namun mangsa tiada bersama.

“Pada 18 Mac, pengadu bersama penduduk kampung telah keluar mencari mangsa di kawasan kebun dan hutan berhampiran namun mangsa tidak ditemui,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Menurut DSP Sammy, selepas usaha mencari mangsa oleh penduduk kampung menemui jalan buntu, pengadu tampil membuat laporan polis.

PASUKAN SAR… Sebahagian anggota polis dan bomba yang terlibat SAR

Katanya, berpandukan laporan pengadu, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa yang hilang telah diaktifkan.

“Operasi SAR melibatkan pegawai dan anggota polis dari IPD Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Angkatan Pertahanan Awam Ranau, Jabatan Rela Ranau dan beberapa orang penduduk setempat.

“Operasi meliputi pencarian 10 kilometer radius dari kawasan pondok mangsa, kebun, sungai dan hutan berhampiran namun masih belum menemui sebarang petunjuk yang positif,” jelasnya.

Dalam masa sama, DSP Sammy memohon kepada mana – mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau kepada pihak ahli keluarga mangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN