30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki tempatan ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik hotel

DSP Simiun Lomudin

RANAU: Seorang lelaki tempatan ditemui tidak bernyawa di dalam bilik sebuah hotel yang diinapnya di sini pada hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Simiun Bin Lomudin memberitahu, siasatan awal telah dijalankan dan kes tersebut diklasikfikasi sebagai kes Mati Mengejut.

Dalam kejadian itu, mangsa, 46, yang bekerja sebagai pemandu lori Pusat Kraftangan Yayasan Sabah ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat kesan muntah dan najis di lantai bilik dan bekas pakaian mangsa.

Menurut Simiun, kejadian berlaku di dalam bilik hotel bernombor 115 tingkat 1 hotel tersebut pada sekitar jam 6.30pagi.

“Bilik Gerakan IPD Ranau telah menerima panggilan daripada seorang pekerja hotel berkenaan mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki telah didapati meninggal dunia.

“Siasatan awal di tempat kejadian dan maklumat lisan saksi- saksi kejadian mengatakan mangsa adalah pemandu kenderaan lori bersama seramai 7 orang rakan dan staff yang hadir di Ranau tujuan mengadakan pameran program Komuniti di sebuah sekolah di sini,” katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Simiun menambah, mangsa bersama staff lain telah masuk menginap di hotel tersebut pada 4 Ogos, sekitar jam 3 petang untuk berehat selepas selesai membuat persediaan pameran tersebut.

“Semua staff termasuk mangsa tinggal sendirian di setiap bilik.


“Pada hari kejadian, jam lebih kurang 6.30 pagi, mangsa telah dihubungi telefonnya oleh salah seorang rakannya dengan tujuan untuk dibangunkan kerana akan bergerak ke acara program.

“Akan tetapi telipon manga didapati tidak berfungsi dan pintu apabila diketuk tidak dibuka dan tiada tindakbalas serta berkunci dari dalam,” katanya.

Menurut Simiun, salah seorang rakan mangsa bersama berapa staff lain yang tinggal di bilik bersebelahan telah meminta bantuan pekerja hotel tersebut membukakan pintu bilik mangsa menggunakan Kad pendua.

“Apabila pintu dibuka pekerja hotel, rakannya mendapati mangsa dalam keadaan terlanjang terdapat kesana muntah dan najis bertaburan dilantai bilik dan bekas pakaian mangsa.

“Mayat mangsa kedudukan posisi terlentang muka keatas ditepi pintu masuk ke bilik tersebut dan berhadapan pintu masuk ketandas. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 12 jam.

“Rakan mangsa kemudiannya memaklumkan kepada ketua kumpulan mereka dan melaporkan apa yang telah berlaku. Mereka kemudian meminta pihak pengurusan hotel tersebut untuk menghubungi ambulan dan Pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Simiun yang turut hadir di tempat kejadian berkata, pemeriksaan mayat dan kematian ditempat kejadian disahkan oleh Pegawai perubatan Hospital Ranau.

Tambahan lagi, katanya, pemeriksaan polis oleh anggota JSJ IPD dan anggota Balai Polis Ranau tidak terkesan sebarang bukti atau unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Forensik Hospital Ranau. Saringan RTK telah diambil negatif / Pol.61 telah dikeluarkan.


“Pemeriksaan Mayat akan dijalankan pada 6 Ogos nanti pada sekitar jam 10 pagi oleh doktor di Forensik Hospital Queen Elizaberth 1 Kota Kinabalu,” katanya.

Simiun menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan diteruskan dan dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi tentang kes berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN