30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki tempatan ditahan bersama 5.03 gram Syabu Kg.Lingkudou.

“Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau iaitu pernah didakwa dibawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.”

-DSP SAMMY NEWTON-

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN.

RANAU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 5.03 gram bernilai lebih kurang RM800 menerusi operasi Ops Sarang yang dijalankan di Kampung Lingkudau, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sammy Newton ketika mengesahkannya berkata, suspek  berumur 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ranau selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang.

RAMPASAN..Dadah dan beberapa barangan yang diramas dari suspek

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek membawa  kepada penemuan satu (1) kotak tidak berpenutup yang mengandungi satu (1) peket plastik lutsinar yang berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat kasar 5.03 gram, satu (1) bilah gunting, satu (1) pemetik api dan satu (1) keratan straw pendek.

“Dalam masa sama, hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah, jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kemarin.

SUSPEK

Menurut beliau, Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau iaitu pernah didakwa dibawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk tindakan lanjut dan Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan juga dikenakan hukuman tiga hingga sembilan sebatan,” jelasnya.

DSP SAMMY NEWTON

Sementara itu, DSP Sammy menyeru masyarakat khususnya di daerah ini agar  menyalurkan maklumat berkaitan dadah terus kepadanya termasuk di kalangan ahli keluarga, jiran dan warga sekampung yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. – TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN