30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki rogol Nenek berusia 72 tahun diburu Polis.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

TUARAN: Seorang lelaki sedang diburu polis kerana disyaki merogol seorang nenek berusia 72 tahun pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika mengesahkannya berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa di Tamparuli.

HUBUNGAI KAMI

Dalam kejadian jam lebih kurang 12 tengah malam itu, mangsa dikatakan berseorangan di rumah ketika didatangi suspek.

Katanya, mangsa terjaga apabila melihat suspek sudah berada di hadapanya sambil mengarahkan mangsa supaya tidak menjerit dengan menggunakan isyarat tangan.


“Menurut mangsa, suspek memintanya agar diberi peluang untuk melakukan seks kerana sudah lama tidak berbuat demikian.

“Mangsa cuba melawan suspek sebelum dirogol namun tidak berdaya dengan kudratnya yang sudah berstatus warga emas,” katanya.

Mohd Hamizi berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, semalam.

“Pemeriksaan awal mendapati magsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas, Kota Kinabalu, untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek kini masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan. Kes siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” jelasnya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN