28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki puncak Gunung Kinabalu

Mayat mangsa dibawa turun oleh pasukan MOSAR untuk hantar ke Hospital Ranau

RANAU: Keterujaan sepasang suami isteri mendaki puncak Gunung Kinabalu bertukar tragedi apabila suami meninggal dunia setelah rebah dan tidak sedarkan diri, pada Selasa.

Mangsa dikenali Vun Nyuk Chong, 53, dikatakan rebah ketika tiba di kilometer 8.3 laluan puncak Gunung Kinabalu, kira-kira jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ranau menerima maklumat berhubung kejadian  jam 11 pagi.

Katanya, mangsa membuat pendakian bermula dari Timpohon Gate pada Selasa lalu, bersama isteri dan sembilan rombongan lain.

DSP Simiun Lomudin

“Ketika pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, diketuai tiga Malim Gunung. Apabila  tiba di KM8.3, mangsa tiba-tiba berhenti dan terus rebah lalu tidak sedarkan diri

“Malim Gunung yang berada di lokasi telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) tetapi gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian diusung turun ke Timpohon Gate oleh pasukan mencari dan menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kundasang setibanya di Timpohon Gate.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Ranau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, Simiun menasihatkan  orang ramai yang ingin mendaki Gunung Kinabalu  supaya memastikan diri dalam keadaan sihat sebelum mendaki agar tidak memudaratkan diri sendiri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN