30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki hilang di Tinanom belum dijumpai, SAR giat dijalankan.

RANAU: Gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam kawasan hutan di Kampung Tinanom, masuk hari kedua.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, operasi pada Selasa (5 Januari) tertumpu sepanjang Sungai Liwagu – Kagibangan menggunakan bot dan kawasan kebun kelapa sawit dengan anggaran jarak lima hingga sembilan kilometer radius kawasan pencarian.

“SAR melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, anggota Unit Pengesan (UNIT K9) dan anjing pengesan.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi.

SAR kawasan hutan dan kebun kelapa sawit

Menurut Ridwan, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6 petang, 5 Januari. Operasi akan disambung pagi ini.

Pada 1 Januari lalu, seorang lelaki tempatan dikenali Moijin Bin Gamiyan, berumur 65 tahun dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk memeriksa jerat haiwan yang dipasang dalam kawasan hutan berdekatan.

Salah seorang anak mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau berhubung kejadian itu pada 3 Januari, selepas usaha mengesan dan menjejaki  mangsa yang dilakukan penduduk kampung menemui jalan buntu.

Menurut anak mangsa, dalam kejadian itu, mangsa yang memakai  baju berwarna biru lengan pendek, seluar panjang celoreng tentera dan turut membawa sebilah parang dan barait (beg rotan) dikatakan telah keluar rumah lebih kurang 8 pagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN