31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki beristeri 38 meninggal dunia

Ziona Chana yang memiliki 38 isteri dan 89 anak serta ramai cucu, dipercayai mengetuai keluarga terbesar di dunia.

Foto ihsan Twitter ZoramthagaCM

NEW DELHI: Seorang lelaki India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak, meninggal dunia semalam pada usia 76 tahun.

Menurut Agensi Anadolu, kematian Ziona Chana diumumkan Ketua Menteri Mizoram, Zoramthanga di Twitter.

“Dengan dukacita, #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion-a (76), yang dipercayai memiliki keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak,” katanya.

Zoramthanga berkata Mizoram dari daerah Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancong utama di negeri ini kerana keluarganya.

Chana adalah ketua sektor agama dikenali “Chana Pawl,” yang diasaskan bapanya pada 1942, yang membenarkan poligami.

Menurut pegawai, Chana, yang juga mempunyai ramai cucu, meninggal dunia pada petang semalam.

“Beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di daerah lain dan menurut laporan yang diterima, dia meninggal dunia hari ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah Serchhip, Kumar Abhishek.

Bekas ketua menteri Mizoram dan pemimpin politik kanan parti Kongres Nasional India, Lal Thanhawla, berkata “Kematiannya (Chana) kehilangan sangat besar bagi semua orang … Keluarga itu sangat berdisiplin dan ada banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka.” – BERNAMA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN