30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Legasi keluarga mendiang Aki Tingadon Pantayon rakam penghargaan kepada ADUN Bingkor.

Salah seorang anak kepada mendiang Aki Tingadon Pantayon menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Robert Tawik @ Nordin di pejabatnya.

KENINGAU: Legasi keluarga mendiang Aki Tingadon Pantayon merakamkan ucapan penghargaan kepada usaha wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin atas usaha pembinaan dewan serbaguna yang selesa dikawasan tamu mingguan Pekan Bingkor.

Alexsius Tingadon, salah seorang anak kepada mendiang berkata, beliau dan seluruh legasi bapanya berasa bangga dengan keperihatinan pemimpin tersebut kerana bukan sahaja berjaya memberikan keselesaan kepada para penjaja dan pengunjung tamu Pekan Bingkor, malah sudi manamakan dewan tersebut sebagai Dewan Tomuan Aki Tingadon.

“Saya dan seluruh ahli keluarga kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil rakyat Dun Bingkor kerana telah mempamerkan prestasi tugas pelayanan rakyat dengan cemerlang. Dalam masa sama, beliau turut menghargai mendiang bapa kami yang juga merupakan peniaga terawal di tapak tamu berkenaan”. Jelasnya.

Legasi keluarga Mendiang Aki Tingadon mengabadikan gambar kenangan bersama Datuk Robert Tawik @ Nordin di Dewan Tomuan Aki Tingadon.

Seorang lagi cucu kepada mendiang, Juanita Ribus berkata, keperihatinan wakil rakyat Dun Bingkor terbukti telah membangunkan kawasan Mukim Bingkor sejak beliau diangkat sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Katanya, komitmen pemimpin itu yang sering kelihatan turun padang untuk menyantuni rakyat akar umbi sangat disenangi semua pihak termasuk ahli keluarganya.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan komited membangunkan kawasan. Sebagai cucu kepada Aki Tingadon, kami berasa bangga kerana walaupun datuk kami telah lama pergi, tetapi pemimpin kami tetap mengenang jasa beliau dan menamakan dewan tersebut sesuai dengan kenangan yang ditinggalkan mendiang datuk kami di tapak tamu tersebut’’. Katanya.

Sebelum itu, keluarga mendiang Aki Tingadon Pantayon telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Robert Tawik @ Nordin di pejabatnya untuk menyampaikan ucapan penghargaan serta cendera kenangan sebagai tanda terima kasih atas usaha beliau. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah anak-anak Aki Tingadon Pantayon serta cucu dan cicit mendiang.

Mendiang Aki Tingadon Pantayon merupakan seorang pesara Pasukan North Borneo Police sekitar tahun 1957 dan berasal dari Kg. Bingkor, Keningau. Selepas bersara, mendiang telah memulakan perniagaan gerai soto di tapak tamu Pekan Bingkor pada tahun 1959 yang menjadi kegemaran ramai penduduk setempat kerana kelazatan sup soto beliau.

Pada sabtu lepas, Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah telah menyempurnakan majlis perasmian dewan serbaguna tersebut di tapak pasar umum Pekan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN