30 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lee Zii Jia Akur Tumpas Di Tangan Chen Long, Penyandang Emas Olimpik


Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal untuk meneruskan kemaraan misi memburu pingat dalam pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas kepada juara bertahan dari China, Chen Long di Plaza Sukan Musashino Forest sebentar tadi.

Pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar itu bermula dengan baik pada set pertama setelah berjaya menewaskan lawannya itu dengan mata 21-8.


Namun begitu, pada set kedua bintang China itu tampak mula memperbaiki rentak permainannya dan berjaya mengatasi Zii Jia dengan mata 21-19 sekaligus berjaya mengheretnya ke set penentuan.
Pada set ketiga pula, Lee Zii Jia akhirnya akur kepada juara bertahan itu selepas tunduk dengan permainan yang sangat bertenaga dengan mata 21-5.

Kekalahan tersebut bermakna misi memburu pingat dalam pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuknya terpaksa dilupakan.
Sumber: Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN