25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lee Ka Tung, Nabila  juarai  Kejohanan Terbuka Amatur Golf  Labuan 2023

JUARA… Lee Ka Tung dan Nabila yang dinobatkan juara Gross  kategori Lelaki dan Wanita bersama Peter dan Bonis (kanan sekali)

LABUAN:  Pemain golf veteran Lee Ka Tung dari Sarawak Golf Club (SGC) dan Nabila Alifuddin dari Keningau Golf Club (KGC) dinobatkan juara kategori Gross Kejohanan Golf Terbuka Amatur Labuan 2023   yang diadakan  di Kelab Golf Labuan (LGC), pada Ahad.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu menyaksikan Lee Ka Tung mencatatkan pukulan keseluruhan  222 berjaya untuk membawa pulang sebuah piala iringan, piala rebutan dan wang tunai.

Manakala Nabila  Alifuddin yang mencatatan pukulan 233 dinobatkan juara selepas menewaskan  Nurul  Shahirah  Afiqah dari Sandakan Golf Country Club (SDGCC) dengan kelebihan 1 pukulan (234 pukulan).

Naib juara bagi kategori Gross lelaki  dimenangi oleh  Mohd Zariq Encho dari Labuan Golf Club (LGC) dengan mencatatkan  223 pukulan.

Sementara itu juara bertahan, Brandon Lai dari Shan-Shui Country Club  Tawau gagal mengulang pencapainya tahun lalu apabila sekadar menduduki tangga ketiga selepas  mencatatkan 224 pukulan.

Tempat ketiga  kategori Gross Wanita dimenangi Chew I Youn dari Persatuan Golf Sabah (SGA) selepas mencatatkan  234 pukulan.

Bagi kategori Nett Lelaki, johan dimenangi oleh  Adflin Mikahil Mohd Sofian dari  Kelab Golf Keningau (KGC) yang mencatatkan 136 pukulan.

Naib johan disandang oleh  Hamiri Sani dari Keningau Golf & Country Club (KUGCC) dan tempat ketiga  Ahmad Izz Amin dari Labuan International Golf Club (LIGC).

Bagi kategori Nett Wanita, pemain dari  KUGCC Doinysia Petrus menjadi johan dan tempat kedua dimenangi oleh  Alice Liew (LGC).

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Labuan Golf Club (LGC), Peter Pikul dan Golf Kepten, Bonis Sumid.

Kejohanan Golf Terbuka Amatur Labuan Edisi 30 Lelaki dan Edisi 23 Wanita dianjurkan oleh Kelab Golf Labuan (LGC) dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Persatuan Golf Sabah (SGA) telah disertai seramai 116 peserta termasuk 16 peserta wanita melibatkan pemain dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN