31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 800 orang hadir Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Kemabong


Rahmahjan(tengah)menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena program itu

Oleh: Francis Andin

TENOM: Lebih 800 orang terdiri daripada Komuniti Persatuan Ibubapa, murid Dan Guru Zon Kemabong menghadiri program Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Kemabong berlangsung di Dataran Pekan Daerah Kecil Kemabong dekat sini.

Program anjuran bersama Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Tenom dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya perbarisan lintas lalu kreatif oleh 10 kontijen yang menyertai acara itu, pertandingan Fesyen bahann kitar semula, Koir Patriotik dan persembahan kebudayaan suku kaum.

Sementara itu, berucap merasmikan program itu, Pengerusi HAWA Desa Malaysia Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata program amat bermakna bagi segenap lapisan masyarakat dalam menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air seterusnya memberi pendedahan kepada generasi muda khasnya murid akan kecekalan serta perjuangan tokoh kemerdekaan masa lalu untuk membebaskan negara daripada penjajah ketika itu.

Sebahagian Peserta yang mengambil bahgaian dalam pertandingan sempena program itu.

“ Program ini amat sinonim dengan keperluan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, warga sekolah dan murid agar kita semua perlu tahu sejarah perjuangan tokoh kemerdekaan terdahulu dan seharusnya terus mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara yang dikecapi masa kini”katanya.

Pada majlis itu, Rahmahjan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dijalankan. Dalam pada itu bagi acara perbarisan lintas lalu kreatif Johan disandang oleh PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Api, Naib Johan PIBG SK Kemabong dan tempat Ketiga zon 6 PIBG SK Kemabong.

Manakala bagi acara Fesyen bahan kitar semula, Johan dinobatkan kepada Briana Presley mewakili SK Kemabong, Naib Johan disandang oleh Nursyakira mewakili SK Kungkular dan Ketiga Njell Suganda mewakili SK Sungai Api.

Sebahagian AJK Penganjur yang hadir bersama tetamu jemputan pada program itu

Pada masa sama bagi pertandingan Koir Patriotik kategori PIBG, Johan disandang oleh PIBG SK Kemabong, Naib Johan disandang oleh PIBG SK Kungkular dan Ketiga PIBG SK Bamban.

Pada majlis itu, Turut hadir Murkam Hj Hussein Presiden KGKS Negeri Sabah Tuan Sani Awang Ali Setiausaha Agung Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah Guru-guru Besar Daerah Tenom, wakil penolong pegawai daerah pejabat daerah kecil kemabong dan pengerusi PIBG zon kemabong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN