25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

lebih 70 orang sertai PPBM Parlimen Ranau

James (tiga kiri) mewakili 41 orang menyerahkan borang menyertai GRS Bersatu kepada Datuk Masidi diperhatikan Jonathan (tiga kanan) bersama yang lain

RANAU: Seramai 71 orang yang bertindak keluar parti mereka dan menyerahkan borang  kepada Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parlimen Ranau, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin  Manjun pada persidangan Perwakilan Armada dan  Srikandi di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu yang dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Pada penyerahan itu, 40 orang diwakili mantan Setiausaha Parti Warisan Sabah (Warisan) cawangan Bongkud, James George Lo, manakala 30 orang lagi dari UMNO Kg.Silad diwakili Hainin Abdullah.

James dan Hainin ketika ditemui, memberitahu, dijangka ramai lagi menyusul untuk keluar part  mereka untuk menyertai GRS Bersatu.

Hainin (kiri) menyerahkan 30 keping borang  menyertai GRS Bersatu kepada Datuk Masidi diperthatikan Datuk Jonathan (tiga kanan) bersama  tetamu yang lain.

“Mereka yang bertindak keluar parti untuk menyertai Bersatu bukanlah dijanjikan sesuatu keistimewaan atau apa-apa habuan, sebaliknya atas kesedaran mereka sendiri yang GRS merupakan parti rakyat Sabah yang para pemimpinnya mempunyai kebolehan untuk memimpin rakyat akar umbi di Sabah amnya dan di Ranau khasnya.

“Kami berazam  akan memberi sokongan sepenuhnya kepada siapa sahaja Calon GRS Bersatu pada PRU-15′, jelas Haimin sambil membayangkan akan menyokong Ahli Parlimen  P.179 Ranau pada masa ini, Datuk Jonathan Yasin yang sudah terbukti banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada rakyat termasuk membiayai kos perubatan  orang Ranau yang menerima rawatan di Hospital daerah dan Hospital Queen Kota Kinabalu dan banyak lagi.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN