29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 5,000 warga UMNO Labuan meriahkan Karnival Hari Keluarga UMNO

Sebahagian Ahli UMNO dan orang ramai yang menyertai senamrobik Karnival tersebut.

LABUAN: Dianggarkan lebih 5,000 warga UMNO Bahagian Labuan termasuk orang ramai memeriahkan Karnival Hari Keluarga UMNO yang julung julung kalinya diadakan di Padang Majal Pohon Batu, baru baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata karnival ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli ahli UMNO tetapi juga sebagai penghargaan kepada ahli ahli lama yang setia dalam perjuang parti.

Selain itu katanya, karnival yang terbuka kepada masyarakat tanpa mengira kaum ini juga sebagai komitmen UMNO Labuan untuk mendekati rakyat secara inklusif.

“UMNO hari ini tidak lagi eklusif seperti dahulu, pendekatan kita sekarang lebih terbuka, inklusif dan mesra kepada semua lapisan masyarakat.

Mohd Rafi (kanan sekali) bersama dua pemenang hadiah motosikal cabutan tiket bertuah.

“Karnival ini juga adalah salah satu UMNO Bahagian Labuan untuk mendekati dan mendengar keluhan rakyat dan membela nasib rakyat…walaupun kita tidak memenangi pilihanraya namun usaha membela rakyat tetap diteruskan” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival tersebut.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO turut menzahirkan rasa syukur dengan golongan anak muda yang hadir beramai ramai sekaligus mengiktiraf usaha UMNO Labuan yang sentiasa bersama untuk mendekati rakyat sambil menegaskan kehadiran anak muda membuktikan perjuangan UMNO kekal relevan dan terus diterima rakyat.

Karnival yang berlangsung sehari itu menyaksikan pelbagai acara sukan rakyat yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli ahli UMNO.

Selain di meriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat turut menjadi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat yang hadir ialah sesi cabutan bertuah yang menyediakan empat pakej umrah, dua buah motosikal untuk serta puluhan hadiah hadiah lain yang menarik untuk dibawah pulang.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Ketua Ketua Sayap parti yang terdiri Veteran, Wanita, Pemuda, Puteri serta Ketua Ketua Cawangan dan AJK UMNO Bahagian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN