24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 500 pengunjung  hadir Rumah Terbuka  CNY Pengerusi Persatuan Foo Chow Labuan

MESRA.. Cheng (empat dari kiri) bersama tetamu khas yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediamannya di Kampung Gersik Baru, pada Sabtu.

LABUAN: Lebih 500 pengunjung yang  terdiri pelbagai kaum menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) 2023  Pengerusi Persatuan Foo Chow Labuan, Cheng Choo Chung yang diadakan di kediaman rasmi beliau  di Kampung Gersik Baru, dekat sini, pada Sabtu.

Selain di jamu dengan pelbagai jenis makanan, para  pengunjung juga  terhibur   dengan persembahan tarian singa yang urut mencuit keterujaan kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

Sementara itu,   bagi melengkapkan majlis setahun sekali itu, ahli keluarga Cheng bersama tetamu  khas yang hadir mengaul Yee Sang  yang menjadi simbolik  makan besar keluarga setiap kali menjelangnya    sambutan Tahun Baru Cina.

Antara tetamu yang hadir menyerikan lagi sambutan itu ialah Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee, mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias, Ahli Perniagaan Datuk Hk Hung, Pengarah Urusan Hotel Pulau Labuan, Andy Lau dan Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Dzulfaizal Abdul Manan.

Sementara itu Cheng ketika ditemui berkata, walaupun sambutan dibuat secara sederhana, namun ia tetap meriah dengan kehadiran rakan rakan dan sahabat andai serta ahli keluarga terdekat selepas dua tahun tidak dapat meraikan secara besar besaran akibat COVID 19.

“Saya beserta keluarga mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan dan sahabat yang dapat hadir ke rumah terbuka saya  pada malam ini….. kita semua berharap Tahun Arnab akan memberi lebih sinar  bukan sahaja dalam kontek ekonomi, tetapi juga  kesejahteraan dan kemakmuran  yang berpanjangan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN