35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 400 orang hadir Majlis Pontitimungan Sayat TAUT 2022

Haji Yazid (bersongkok) menyampaikan buah tangan kepada Haji Abdul  Karim E. Ismail, generasi ke 6 keluarga TAUT.

KENINGAU:Seramai lebih kurang 400 orang  keluarga TAUT ( Tomeni, Angkapon, Upit, Togod ) menghadiri Majlis Pontitimungan Sayat TAUT 2022 bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau pada Jumaat.

Walaupun hujan, majlis itu yang disambut secara sederahana tetapi kemeriahan terpapar kepada ahli ahli keluarga yang hadir  sehinggalah selesai majlis tersebut. 

Majlis itu yang bertema Pontitimungan dihadiri oleh ahli ahli keluarga TAUT yang datang dari jauh dan dekat seperti dari Semenanjung , Wilayah Persekutuan Labuan, dan merata-rata tempat di negeri ini. 

Dalam majlis itu seramai 11 orang warga emas berumur 70 tahun ke atas generasi ke 6 dan kelima menerima buah tangan.

Mereka ialah Generasi 5 yang terdiri daripada Hamidah Kuyupu Ompuduk, Rusi Ompuduk, Untot Ghanti, Petronella Munting,  Udah Kandusin dan Roseni Kandusi.

Sementara Generasi 6 terdiri daripada

Hj Abdul  Karim E. Ismail, Jamil E. Ismail, Junga Richard dan Nafsah Sani 

Majlis itu juga diserikan dengan  persembahan Mansayau daripada Kumpulan penari Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Etnik  Kujau Gana Nabai Negeri Sabah ( KGNS).

Kesempatan ini juga Ketua Keluarga TAUT Puan Petronella Munting menyampai penceritaan berhubung susun jalur keluarga besar TAUT.

Cabutan tiket bertuah  turut memeriahkan lagi majlis itu dimana jawatankuasa pelaksanakan menyediakan 65 buah hamper daripada pelbagai jenis barangan antara beras, alat dapur dan lain lain.

Acara kemuncak majlis itu adalah pengumuman King  of the day TAUT dan Queen of the day TAUT  yang memakai pakaian tradisi  KDM.

King of the day dinobatkan kepada Encik Karamuddin Said dan Queen of the day Joane Henty.

Presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor yang juga Ahli Majlis Daerah Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles adalah tetamu kehormat pada majlis itu mewakili ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Turut hadir Presiden KGNS yang juga Pengerusi Penganjur Majlis Ponititimungan Sayat TAUT 2022 Puan Petronila Munting.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN