ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 400 keluarga besar UMNO diraikan dalam majlis Iftar Ramadan bersama kepimpinan UMNO Labuan

Mohd Rafi (berdiri tengah) bersama kepimpinan UMNO yang hadir pada malis itu.

LABUAN: Lebih 400 keluarga besar kepimpinan UMNO Bahagian Labuan diraikan dalam satu majlis Iftar Ramadan yang diadakan di Dewan Terbuka Desa Tunas Hijau, disini malam kelmarin.

Majlis yang meghimpunkan AJK UMNO Bahagian, Ketua Cawangan, barisan kepimpinan Wanita, Pemuda, Puteri,Veteran UMNO dan legen UMNO itu merupakan salah satu aktiviti tahunan UMNO Bahagian Labuan sempena Bulan Ramadan Al Mubarak.

Selain daripada keluarga besar UMNO, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 27 Ketua Ketua Kampung, Majlis Perwakilan Penduduk kepimpinan Majlis Belia Labuan (MBL) , Rakan Muda, anak anak yatim, kepimpinan masyarakat tionghua Kampung Sungai Keling dan beberapa agensi kerajaan termasuk rakan rakan media tempatan.

Ketua UMNO Bahagia Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan ketika berucap pada majlis itu menzahirksn rasa syukur atas kesempatan dapat bersama sama kepimpinan UMNO, anak anak yatim, pelajar tahfiz serta jemputan yang hadir.

Mohd Rafi ( berdiri tengah) bersama anak yatim pada majlis itu.

“Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang telah bekerja keras dengan amanah yang dipertanggungjawabkan, selain memperkukuhkan kebersamaan kepimpinan dan program ini juga sekaligus menyemarakan semangat Ramadan yang penuh keberkatan”, katanya.

Pada majlis itu Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyampaikan duit raya kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan mereka yang hadir di majlis itu.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Dstuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ab. Ghani, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Dato’ Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Saiful Pungut, Ketua Puteri, Nurmiyati Jumat dan Ketua Veteran UMNO Bahagian, Abu Samah Abdullah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN