ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 3000 warga Labuan sertai himpunan solidariti tuntut keadilan Zara

Sebagaian warga Labuan yang menyertai himpunan solidariti Zara Qiarina.

LABUAN: Dianggarkan lebih 3, 000 warga Labuan pelbagi lapisan masyarakat menyertai himpunan solidariti sebagai tanda sokongan menuntut keadilan arwah Zara Qairina Mahathir.

Perhimpunan yang diadakan di ruang tempat letak kereta Medan Selera, pada Ahad itu dianjurkan oleh Kelab Wanita Sejahtera Labuan yang dipimpin oleh Hajah Niswati Tarji.

Perhimpunan aman yang diadakan sempena Penganjuran Labuan Motor Day 2.0. itu turut dihadiri pemimpin masyarakat, pemipin parti parti politik dan ahli ahli pertubuhan sukarelawan.

Antara ahli politik yang kelihatan hadir bersama dan dalam himpunan iti, Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga Penasihat Kelab Wanita Sejahtera Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli, Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek dan salah Pemimpin utama PAS Labuan, Ustaz Ahmad Junit.

Turut kelihatan hadir, Pengasas Desa Land Labuan, Datuk Sri Mohd Alias Abdul Rahman, Pengerusi Majis Belia Labuan, Pengerusi Badan Bertindak Ketua Ketua Kampung, Haji Ismail Samad, Pengerusi Majlis Belia Labuan, Nazera Roslan dan Pengerusi Penganjur Labuan Motor Day 2.0, Awang Shahridzs Osman.

Sementara itu, Datuk Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO turut menyampaikan sumbangan RM10, 000 kepada keluarga ahli keluarga mangsa Zara Qairana.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN