James menyantuni tetamu yang hadir pada majlis itu
PAITAN: Lebih 3,000 masyarakat sekitar kawasan ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di rumah ADUN Sugut, Datuk James Bin Ratib yang diadakan di Pekan Botition, Paitan pada hari Isnin.
Majlis ini dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, suku kaum dan kebudayaan.
Turut sama memeriahkan majlis ini adalah semua ketua-ketua masyarakat dari pelbagai kawasan.
James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, berkata beliau berterima kasih kepada semua rakyat yang hadir pada hari ini termasuk para kakitangan dan pegawai kerajaan, wakil-wakil rakyat, para Pegawai Daerah dan lain-lain.
“Selain menyediakan pelbagai juadah dan juga hiburan kepada pengunjung-pengunjung dalam majlis itu, seperti kelazimannya saya juga menghulurkan bantuan duit raya kepada golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui media pada majlis itu, kemarin.
Sementara itu, James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, perkembangan Smart City kini berkembang pesat terutama sekali berkenaan Projek Perumahan Pemajuan Masyarakat.
“Untuk Projek Perumahan Pemajuan Masyarakat, kerajaan telah mendirikan sebanyak 200 buah rumah PPRT dengan nilai sebanyak RM46 juta.
Pembangunan ini juga melibatkan pelbagai fasiliti seperti dewan dan sebagainya.
“Pembinaan ini dijalankan di atas tanah berkeluasan 30 ekar. Sebaik siap akan memberi manfaat kepada golongan ekasih Miskin, Miskin Tegar serta B40 yg layak. PPK ini juga akan dilengkapi kemudahan prasarana seperti masjid dan taman permainan.
“Begitu juga dengan pembinaan mini kompleks sukan yang sedang rancak dibina pada ketika ini. Dan beberapa bangunan seperti KDCA House of Paitan juga sedang dibina di Paitan pada ketika ini,” katanya.
Tambahnya, sekarang ini Agensi-agensi kerajaan pun sudah mulai masuk di Paitan yang mana mereka telahpun mencuri tapak seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.
Menurut James, dijangka dalam masa dua tahun wajah baharu Paitan akan mulai kelihatan apabila kebanyakan projek-projek telah mulai siap satu persatu.



