26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 300  penyokong  sambut ketibaan Calon GRS Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin

Datuk Jonathan (kiri) ketika berucap di Dewan Mini Timbua.

RANAU: Lebih 300 penyokong  parti Gabungan  Rakyat Sabah (GRS) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Timbua 32 kilometer dari pekan di sini, hadir menyambut ketibaan Calon GRS Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Dewan Mini Timbua pada Rabu.

Datuk Jonathan dalam ucapannya, berterima kasih atas kehadiran ramai ke majlis itu sambil menyifatkannya sebagai suatu petanda  rakyat punyai kesedaran  bahawa menerusi gabungan parti-parti yang bersatu dalam GRS adalah yang terbaik menjadi landasan kukuh rakyat Sabah menikmati kemajuan bersepadu dan lebih mapan berbanding berpecah-belah menerusi banyak parti.

Menyentuh kemudahan infrastruktur di kawasan  P.179 Ranau, Datuk Jonathan menyeru rakyat kawasan DUN Kundasang dan DUN Paginatan supaya bersabar menunggu pelaksanaan menaiktaraf Jalan  Tarawas-Karagasan yang menelan kos kira-kira RM200 juta dan Jalan Bongkud-Mansalu menelan kos lebih RM400 juta  dalam proses penentuan tender kepada kontraktor yang bakal melaksanakan pembinaan laluan jalan  tersebut yang tertunda ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun 2020.

“Kita sama-sama bersabar menanti pelaksanaan kedua-dua projek tersebut”, tegas Jonathan.

Turut hadir dan berucap ialah, Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Perdagangan  dan Perindustrian Sabah merangkap ADUN Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam, Ketua SAPP Ranau, Japril Bin Suhaimin, PPM Kundasang, Daunis Samy dan Ketua PDM Timbua, Sharin Bin Mujin sementara hadir sama ialah, Yubidi Gompoyo (SUP
kepada Dr.Joachim).

Datuk Jonathan pada hari yang sama (9 November) meneruskan jelajahnya ke PDM Nawanon, Tibabar dan PDM Pinawantai.

Sementara hari ini (10 November) Datuk Jonathan akan  berkunjung ke PDM Nalapak, PDM Napong, PDM Narawang dan PDM Bongkud.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN