30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 2,500 peserta luar dan dalam negara sertai LISC 2025.

SUKURAN

LABUAN: Lebih 2,500 peserta membabitkan penyertaan daripada beberapa negara luar dan dalam negara akan menyertai Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025 yang dijadual pada 24 hingga 27 Julai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib berkata, antara negara luar yang akan menyertai LISC tahun ini terdiri Brunei Darussalam, Filipina, Brazil, Poland, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat disamping penyertaan Malaysia.

Beliau berkata LISC pada tahun ini telah menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM350,000.00.

“Acara memancing laut dalam merupakan tarikan utama LISC tahun ini dengan 212 peserta iaitu melepasi sasaran jumlah peserta yang disasarkan sebelum ini” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Jawatan Kuasa Induk LISC 2025 di Wisma Perbadanan baru baru ini.

Katanya, pelancaran peserta memancing laut dalam bermula pada 22 April menuju ke lokasi memancing Pulau Layang Layang di kepulauan Spratly kira kira 160 batu nautika dari Labuan.

“Hasil tangkapan akan di dipamerkan kepada orang ramai pada 27 April dan hasil jualan tangkapan akan di dermakan kepada badan badan kebajikan yang ada di Labuan”, katanya.

Menurut Sukuran, dua lagi acara utama yang turut menjadi tarikan pengunjung tahun ini ialah acara Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau dan Reggata 2.0.

“Kedua dua acara ini sering disertai oleh atlet Kebangsaan Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dalam bidàng sukan layar serta kayak bagi merebut hadiah yang ditawarkan selain menjadikan acara ini sebagai medan latihan bagi persediaan atlet ke Sukan Malaysia (Sukma).

“Bagi memeriahkan suasana LISC tahun ini sebanyak lapan acara sokongan akan diadakan dengan menampilkan acara pertandingan Bola Tampar Pantai, Kejohanan Silat Pantai, Pertandingan Tarik Tali Pantai, Pertandingan Lumba Perahu dan Sukan Rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN