30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 2,000 motosikal sertai Labuan Motor Day (LMD) 2024

Lebih 2,000 motosikal sertai Labuan Motor Day (LMD) 2024

Mohd Shahridzs Osman

LABUAN: Dijangka lebih 2,000 motosikal pelbagai jenis termasuk motosikal berkuasa besar akan menyertai Labuan Motor Day (LMD 1.0) 2024 anjuran FA Crew Ventures.

Program yang melibatkan penyertaan dari Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Labuan itu akan diadakan di kawasan  letak kereta Medan Selera bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Menurut Pengerusi Penganjur, Mohd  Shahridzs Osman (gambar) pelbagai acara dijalankan sepanjang program itu berlangsung antaranya parmeran Labuan Motor Day 1.0, Island  International Cars & Motor Autoshow,  Ride Kibaran Bendera Wilayah Persekutuan Labuan,   Jalur Gemilang dan cabutan tiket bertuah.

“Turut diadakan persembahan artis jemputan (Sawadeekrap), pertandingan tarian Igai Igai, Zumba dan juga ceramah jemputan  yang akan disampaikan oleh pihak PDRM  dan pelbagai aktiviti lain yang melibatkan penyertaan berkeluarga” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelas beliau, acara perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail  dan  Majlis Penutupan akan di sempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Beliau turut menjagkakan LMD 1.0 bakal disaksikan lebih   5,000 orang dari dalam dan luar Labuan berkunjung ke kawasan  letak kereta Medan Selera.

“LMD 1.0 yang julung kalinya diadakan ini bukan saja memberi peluang kepada pengunjung untuk berhibur dan beriadah bersama keluarga tetapi juga memberikan peluang kepada peniaga di kawasan itu  untuk menjana lebih pendapatan” , katanya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN