22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 sertai Parti StarSabah di Paginatan

Datuk Abidin menerima borang keahilan daripada penyokong baharu yang menyertai Parti StarSabah di Paginatan

RANAU: Parti StarSabah mengukuhkan kedudukan nya di DUN Paginatan dengan kemasukan lebih 100 ahli baru, yang sebahagian besarnya dari golongan belia Kg. Nampasan Baru dan Kg. Kinaratuan.

Datuk Abidin yang juga ADUN N38 Paginatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli baru Parti StarSabah kerana membuat keputusan yang bijak. Ini sudah tentunya dapat mengukuhkan kedudukan GRS di kawasan DUN Paginatan.

Penerimaan Borang Keahlian Baru Parti Star seramai 74 ini dibuat sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kg. Nampasan Baru pada 9hb Feb. 2025 dan 35 ahli baru diterima di majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kg. Kinaratuan pada 16hb Feb. 2025.

Dalam majlis yang diadakan di dua tempat berasingan, Datuk Abidin sempat menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 11 orang warga emas di kampung masing-masing.

“Kemasukan ahli ahli baru yang sebahagian besar dari kalangan belia adalah manifestasi bahawa GRS semakin popular di kalangan pengundi muda.

“Diharap sokongan ini diterjemahkan dalam PNR17, yang akan membawa kemenangan sekali lagi kepada GRS. Kita mahu melihat kesinambungan Kerajaan GRS supaya agenda mensejahterakan rakyat dapat diteruskan” kata Datuk Abidin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN