Noor Halim (dua dariKanan) dan Azmi (dua dari kiri) menandatangani MoU tersebut disaksikan Lo (berdiri empat dari kiri) bersama dif dif jemputan lain
LABUAN:LDA Labuan (Holding) Sdn. Bhd selaku Operator Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) bersama Persatuan Pengusaha Bot Bot Laju Menumbok (PPBLM) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) sebagai usaha memperkukuhkan sistem pengangkutan laut yang lebih cekap, selamat dan bersepadu.
Majlis menandatangani persefahaman itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan (Holding) Sdn. Bhd.Noor Halim Datuk Zaini bagi pihak LDA Labuan Holding dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bot Bot Laju Menumbok (PPBLM) Azmi Mohd Ta bagi pihak pengusaha bot laju telah disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.
Majlis yang turut disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Mohamad Azmi Mohd Mohd Zain itu telah berlangsung di balai ketibaan Termi al Feri Penumpang Antarabangsa Labuan pada Ahad lalu.
Menerusi MoU itu kedua dua pihak telah sepakat untuk menambah perkhidmatan selepas jam 6 petang bagi memenuhi keperluan penduduk Labuan.
Sementara itu, Lo berkats pelaksanaan MoU ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI menyediakan pengangkutan cekap, inklusif dan mampan bagi kesejahteraan rakyat serta pembangunan.
“Inisiatif tersrbut amat penting bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati akses pengangkutan yang lebih baik ke tanah besar Sabah, khususnya pada waktu malam.
Tambah Lo, perkhidmatan tambahan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk Labuan, tetapi juga merupakan langkah penting untuk memastikan kemudahan perhubungan yang lebih menyeluruh.
Antara yang turut hadir menyaksikan MoU itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai @Thomas, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.



